Sunday, August 31, 2008

16 Sept - TAK SABARNYA AKU

Aku tak sabar2 nak tunggu kerajaan BN tumbang lagi 2 minggu.Bestnyer! biar ,MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI'.

Dalam parlimen nanti majoriti MP adlah bukan Islam,senang la sikit nak buat negara sekular kerana yang nak lompat kebanyakannya bukan Islam.

Kita pun orang Melayu dah cukup kuat,tak perlu dah nak bergantung pada biasiswa dan kuota Melayu.sampai bila nak hidup bergantung kat kerajaan. Hak isitmewa orang Melayu pun dah tak payah lagi dah,kitakan dah kuasai ekonomi berbanding kaum Cina.Ekuiti dalam ekonomi kita dah kuasai iaitu 18% berbanding kaum lain. Tu pun yang individunya cuma 3% lagi 15% sebenarnya GLC.

Negara inikan bukan Melayu punya.Orang asli yang sebenarnya penduduk asal.Kita Melayu,Cina, India semuanya pendatang.so,kenalah adil,mana ada Ketuanan Melayu,yang ada Ketuanan Rakyat. Malaysia adalah milik rakyat Malaysia.

Agama Islam pun tak boleh jadi agama Rasmi pasal rakyat kita berbilang kaum.Kena adil.Dulu pun Raja melayu beragama Hindu sebeum Islam tersebar ke Tanah Malayui 700 tahun yang lepas.

Lepas ni azan pun tak boleh kuat-kuat dah kerana nak menjaga perasaan kaum lain.Agama semua mesti sama rata,kalau kerejaan PR nak buat 100 Masjid,agama Budha pun kena ada 100 rumah ibadat mereka. Kaum Hindu pun kena ada 100 kuil.Barulah dikatakan keadilan.Inilah yang diperjuangkan oleh DAP.

Anak-anak selepas berumur 18 tahun boleh memilih agama yang mereka ingin anuti dan tidak semestinya Islam walaupun mak bapak diaorang beragama Islam.[ SENSOR ] boleh kita panggil kebebasan beragama.

Artikel 153 pun kena dihapuskan kerana ternyata ianya hanya menguntungkan orang Melayu sahaja.Tak adil namanya.

Selaras dengan apa yang diperjuangkan oleh DAP selama-lamanya iaitu MALAYSIAN MALAYSIA,identiti melalui kaum dihapuskan demi keadilan sejati.

Apa yang aku bagitau diatas sebenarnya telah pun disuarakan oleh golongan yang memperjuangkan hak asasi mansia yang kebanyakannya mewakili PKR dan DAP semenjak kemenangan PR ke atas 5 negeri pada PRU yang lepas.

So kepada forumer semua..BRAVO & SELAMAT MAJU JAYA KEARAH PEMERINTAHAN YANG ADIL.

HIDUP PR.HIDUP ANWAR!

KAH!KAH!KAH! PADAN MUKA MELAYU

No comments: