Saturday, March 28, 2009

PANAS!!! Pendedahan rasuah ADUN Melor Wan Ismail Wan Jusoh oleh Mat SAbu

Cerita ni berlaku pada pagi Khamis lepas masa aku kat airport Kota Bharu tunggu flite balik KL.Lepas pekena nasi berlauk ikan tongkol dengan ikan kering yang tersohor di kawasan tersebut aku pun berjalan masuk Airport Sultan Ismail Petra. Flite 8.30 pagi,aku check-in dalam pukul 8.00 pagi.Tengah duduk baca surat khabar aku ternampak Mat Sabu duduk kat depan aku. Aku pun pergi salam ngan dia' "Apa Khabar YB,sihat? macamana perkembangan sekarang?".Dia bagitau petang ni nak ke Medan pasal ada nak sign MoU antara syarikat kerajaan Penang dan company di Medan.
Pada mulanya perbualan kami berkisarkan tentang keadaan kekalutan di Perak.Aku tanya Mat Sabu jika DUN Perak dibubarkan apa akan jadi,katanya DAP semestinya akan meletakkan beberapa calon Melayu yang mewakili DAP termasuklah Timb Pengerusi DAP,Tunku Aziz dan jika ditakdirkan PR menang DAP akan memerintah Perak dan Tunku Aziz lah MB Perak,bukan Nizar.
Kemudian beliau mula buka cerita pasal PAS Kelantan. Beliau macam tak puas hati betul dengan Pas Kelantan,katanya PAS dan Umno dah sama,makan rasuah,salah guna kuasa,ambik komisyen projek. Mat Sabu mula buka cerita pasal ADUN Melor, YB Wan Ismail wan Jusoh,katanya beliau konsisten dalam memerangi rasuah tak kira mana-mana pihak. Katanya lagi peguam yang mewakili Siti Aishah bekas isteri Wan Ismail, mempunyai asas untuk membuat tuntutan nafkah sebanyak RM 3 juta berdasarkan harta yang dimiliki oleh Wan Ismail.Wah..kayanya YB Pas sampai berjuta-juta duit dia.Aku pun tanya lagi macam mana YB tau ADUN Melor tu banyak duit?.."Wan Ismail tu dapat duit 6 juta pasal projek Ladang Sungai Terah kat Gua Musang..kena pulak lepas ni kalau Siti Aishah bekas isteri YB Melor tu balik agama asal dia...kacau!kacau!,pasal tu lah bekas bini dia tuntut sampai 3 juta" kata Mat Sabu dalam nada tegas.Kata Mat Sabu lagi,Pas Kelantan kuat sebab adanya tok guru,yang lain semua tak boleh pakai.."Tok Guru pun sampai penggal ni je,lepas ni pilihanraya akan datang PAS akan jatuh kalau keadaan macam ni".
Selama ni Pas lantang perjuang Islam,rupa-rupanya ada ahli-ahlinya yang dua kali lima jugak. Inilah akibatnya penularan anasir-anasir liberal di dalam PAS yang didalangi tak lain tak bukan Sheikh Anwar Al-juburi( gelaran Mat Sabu untuk Anwar.Puak Erdogan liberal di dalam Pas ini akan menghancurkan Pas sedikit masa lagi..Oleh sebab itu ayuhlah Tuan Guru Hadi Awang berganding bahu bersama UMNO bersatu demi kepentingan umat Islam Malaysia dan sejagat.

Thursday, February 19, 2009

LAGI HIKAYAT CERITERA DIVERT!!!

Anwar akan membuat hikayat penglipurlara 1001 malam yang terbaru. Dia nak bukak kes balik ( siaran ulangan) kes mata lebam dan akan mendakwa beberapa orang yang terlibat membantainya pada 10 tahun yang lepas. Orang dah tau dah taktik kunyit hang. Lepas satu..satu hang nak buka cerita supaya kes LIWAT hang dengan Saiful dilupakan.. Aku tau hang dah kalut dan serabut pada tahap yang kritikal.
bak kata mat saleh.. What comes around goes around..
terimalah akibatnya wahai Anwar aljubr

Wednesday, February 18, 2009

Anwar Punca Perpecahan Umat Islam di Malaysia

Pada 29 Mac 1982 Dsai keluar ABIM utk menyertai Umno.. Beliau boleh memilih Pas jika ikhlas untuk meneruskan daulah Islamiyah di Malaysia..maka berpecahlah pemimpin -pemimpin Islam yang mana beberapa pemimpin kanan ABIM termasuklah Allahyarham Al-fadhil Ustaz Fadzil Noor dan TGHAA menyertai PAS..dan Kamaruddin Jaafar serta beberspab ahli ABIM mengikut jejak Anwar Ibrahim..Dengan menyertai Umno ramai meramalkan anwar akan musnah ditangan Mahathir sendiri dan ianya menjadi kenyataan apabila pada Sept 98 beliau dipecat Umno akibat tuduhan liwat keatasnya..Setelah dipecat beliau sekali lagi memecahbelahkan umat Islam dgn menubuhkan KeAdilan..padahal beliau boleh menyertai PAS yang pada ketilka itu memerlukan 'orang kuat sepertinya' untuk menqrik golongan muda menyertai PAS. Ini jelas membuktikan yang beliau tidak mahu melihat gerakan Islam meningkat di Malaysia Kini setelah PRU12, DAP secara terang-terangan menolak penubuhan negara Islam dan hukum Hudud di Malaysia dan beberapa pemimpin kanan PAS merasakan Pas sudah lari dari landasan perjuangannya .TGHA juga pernah menyatakan yang dalam PR tidak ada ketua,dimana DSAI dilihat seperti melantik dirinya sebagai Ketua PR. Akibat daripada ketidaksetujuan degan beberapa pendekatan PAS yang sesetengahnya pro Anwar PAS sekali lagi berpecah,menjadikan dua puak iaitu puak Erdogan yg Pro Anwar iaitu di kalangan Pemuda PAS, Datuk Paduka Husam Musa dan setiausaha agung PAS Kamaruddin Jaafar (bekas setiausaha Anwar) dan puak yg anti Anwar iaitu gologan senior dan ulama dalam PAS.