Saturday, March 28, 2009

PANAS!!! Pendedahan rasuah ADUN Melor Wan Ismail Wan Jusoh oleh Mat SAbu

Cerita ni berlaku pada pagi Khamis lepas masa aku kat airport Kota Bharu tunggu flite balik KL.Lepas pekena nasi berlauk ikan tongkol dengan ikan kering yang tersohor di kawasan tersebut aku pun berjalan masuk Airport Sultan Ismail Petra. Flite 8.30 pagi,aku check-in dalam pukul 8.00 pagi.Tengah duduk baca surat khabar aku ternampak Mat Sabu duduk kat depan aku. Aku pun pergi salam ngan dia' "Apa Khabar YB,sihat? macamana perkembangan sekarang?".Dia bagitau petang ni nak ke Medan pasal ada nak sign MoU antara syarikat kerajaan Penang dan company di Medan.
Pada mulanya perbualan kami berkisarkan tentang keadaan kekalutan di Perak.Aku tanya Mat Sabu jika DUN Perak dibubarkan apa akan jadi,katanya DAP semestinya akan meletakkan beberapa calon Melayu yang mewakili DAP termasuklah Timb Pengerusi DAP,Tunku Aziz dan jika ditakdirkan PR menang DAP akan memerintah Perak dan Tunku Aziz lah MB Perak,bukan Nizar.
Kemudian beliau mula buka cerita pasal PAS Kelantan. Beliau macam tak puas hati betul dengan Pas Kelantan,katanya PAS dan Umno dah sama,makan rasuah,salah guna kuasa,ambik komisyen projek. Mat Sabu mula buka cerita pasal ADUN Melor, YB Wan Ismail wan Jusoh,katanya beliau konsisten dalam memerangi rasuah tak kira mana-mana pihak. Katanya lagi peguam yang mewakili Siti Aishah bekas isteri Wan Ismail, mempunyai asas untuk membuat tuntutan nafkah sebanyak RM 3 juta berdasarkan harta yang dimiliki oleh Wan Ismail.Wah..kayanya YB Pas sampai berjuta-juta duit dia.Aku pun tanya lagi macam mana YB tau ADUN Melor tu banyak duit?.."Wan Ismail tu dapat duit 6 juta pasal projek Ladang Sungai Terah kat Gua Musang..kena pulak lepas ni kalau Siti Aishah bekas isteri YB Melor tu balik agama asal dia...kacau!kacau!,pasal tu lah bekas bini dia tuntut sampai 3 juta" kata Mat Sabu dalam nada tegas.Kata Mat Sabu lagi,Pas Kelantan kuat sebab adanya tok guru,yang lain semua tak boleh pakai.."Tok Guru pun sampai penggal ni je,lepas ni pilihanraya akan datang PAS akan jatuh kalau keadaan macam ni".
Selama ni Pas lantang perjuang Islam,rupa-rupanya ada ahli-ahlinya yang dua kali lima jugak. Inilah akibatnya penularan anasir-anasir liberal di dalam PAS yang didalangi tak lain tak bukan Sheikh Anwar Al-juburi( gelaran Mat Sabu untuk Anwar.Puak Erdogan liberal di dalam Pas ini akan menghancurkan Pas sedikit masa lagi..Oleh sebab itu ayuhlah Tuan Guru Hadi Awang berganding bahu bersama UMNO bersatu demi kepentingan umat Islam Malaysia dan sejagat.