Saturday, September 6, 2008

MENUMPANG DI BUMI SENDIRI

Sebenarnya kemenangan PR keatas negeri P.Pinang,Perak,Selangor dan Kedah adalah disebabkan faktor pengundi bukan Melayu yang memberikan 'full swing kepada parti selain drpada BN.Ini yang aku dengar rata-rata daripada kawan-kwan bukan Melayu aku.Kelantan tidak termasuk kerana 90 peratus pengundinya adalah Melayu.

Selepas 1998,kerajaan mendapati peratusan pengundi Melayu telah merosot sekali akibat kes Anwar Ibrahim dan telah membuat persempadanan semula kawadsan DUN dan Parlimen untuk mengimbangi pengundi Melayu dan bukan Melayu.

Ini kerana Mahathir melihat pengundi-pengundi Melayu yang bersimpati pada Anwar Ibrahim telah memberikan undi kepada pembangkang.

Pada masa itu pengundi bukan Melayu masih memberikan undi kepada BN kerana bagi memereka Mahathir mampu mentadbir negarkebanyakan perniagaan a dan kehendak-kehendak mereka dituruti oleh Mahathir.Kita lihat pada masa itu juga perniagaan haram seperti rumah-rumah urut, penjualan vcd cetak rompak yang kebiasaannya dikuasai oleh kaum Cina agak berleuasa.

Berbanding di era Pak lah,agensi berkenaan kerap menjalankan penguatkuasaan keatas kegiataan-kegiatan yang dikuasai oleh kaum Cina seperti rumah-rumah urut, vcd cetak rompak dan barangan tiruan.

Pendekatan Isalam Hadhari oleh Pak Lah juga memberikan kepada bukan Melayu yang Pak Lah lebih Islamik berbanding Mahathir.Ditambah pula cara Anwar menarik pengundi bukan Melayu dan kesanggupan anwar memberikan lebih lagi ruang kepada bukan Melayu didalam politik jika pembangkang dapat memerintah.

Dapat dilihat dengan jelas, kemenangan pembangkang pada PRU12 lepas adalah disebabkan faktor pengundi bukan Melayu. Peratusan pengundi Melayu juga masih dimonopoli oleh Umno.Perkara ini juga diakui sendiri oleh TG Hadi yang mengatakan pengundi Melayu -Islam masih menyokong Umno.

Dan seharusnya kita orang Melayu-Islam tidak perlu mendabik dada diatas kemenangan PR ketas negeri-negeri selain Kelantan kerana kita sebenarnya orang Melayu-Islam diambang perpecahan dan semakin terhakis kuasa.

Kita juga sebenarnya sedang membiarkan puak KAFIRUN membina kekuatan mereka dikala orang Melayu-Islam berpecah.
Lihat saja, Gerakan juga telah menyatakan yang mereka akan mengkaji kedudukan mereka didalam BN.

Oleh itu marilah kita rapatkan saf kuatkan jamaah Islam agar kita suatu hari nanti tidak menjadi Penumpang DI Bumi Sendiri.

Monday, September 1, 2008

DAP ANAK PAP

Sejarah membuktikan DAP itu adalah serpihan PAP yang memerintah Singapura. Korang semua nak jadi macam Melayu Singapura ke? Dulu Singapura ni siapa punya? Silap2 Penang pun boleh kluar Malaysia kalau dok tengok gaa DAP ni.

Dalam dunia ni selain negara China hanya Singapura je yang orang Cina boleh perintah.Diaorang ambik daripada siapa ?daripada orang Melayu yang suka bergaduh sesama sendiri.Dengan puak2 yang terang2 idealogi komunis tu lah yang Anwar dok bersekongkol.

Kita tengok kaum Cina di Malaysia,mereka ada dua medium untuk perjuangkan hak mereka iaitu MCA dan DAP.Walaupun berlainan parti tapi kalau bab hak dan memajukan kaum mereka ,mereka bersatu. Kita tengok di Penang,Gerakan boleh duduk semeja dan menjadi sebahagian dalam pentadbiran DAP kerana Gerakan mempunyai pengalaman dalam memajukan kaum mereka dan Penang.

Kita orang Melayu,baru je PAS bukak mulut untuk bermuzakarah dengan UMNO,dah ada suara2 dalam PAS (kumpulan Erdogan) yang membantah,yang tidak lain tidak bukan didalangi oleh Brader Anwar Bin Ibrahim.Betapa bangsatnya manusia ini yang sanggup menggadaikan bangsa dan agama dek kerana gilakan kuasa. Si Munafik ini akan terus berusaha dan memastikan orang Melayu tidak akan bersatu demi survivor politiknya.

Sunday, August 31, 2008

16 Sept - TAK SABARNYA AKU

Aku tak sabar2 nak tunggu kerajaan BN tumbang lagi 2 minggu.Bestnyer! biar ,MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI'.

Dalam parlimen nanti majoriti MP adlah bukan Islam,senang la sikit nak buat negara sekular kerana yang nak lompat kebanyakannya bukan Islam.

Kita pun orang Melayu dah cukup kuat,tak perlu dah nak bergantung pada biasiswa dan kuota Melayu.sampai bila nak hidup bergantung kat kerajaan. Hak isitmewa orang Melayu pun dah tak payah lagi dah,kitakan dah kuasai ekonomi berbanding kaum Cina.Ekuiti dalam ekonomi kita dah kuasai iaitu 18% berbanding kaum lain. Tu pun yang individunya cuma 3% lagi 15% sebenarnya GLC.

Negara inikan bukan Melayu punya.Orang asli yang sebenarnya penduduk asal.Kita Melayu,Cina, India semuanya pendatang.so,kenalah adil,mana ada Ketuanan Melayu,yang ada Ketuanan Rakyat. Malaysia adalah milik rakyat Malaysia.

Agama Islam pun tak boleh jadi agama Rasmi pasal rakyat kita berbilang kaum.Kena adil.Dulu pun Raja melayu beragama Hindu sebeum Islam tersebar ke Tanah Malayui 700 tahun yang lepas.

Lepas ni azan pun tak boleh kuat-kuat dah kerana nak menjaga perasaan kaum lain.Agama semua mesti sama rata,kalau kerejaan PR nak buat 100 Masjid,agama Budha pun kena ada 100 rumah ibadat mereka. Kaum Hindu pun kena ada 100 kuil.Barulah dikatakan keadilan.Inilah yang diperjuangkan oleh DAP.

Anak-anak selepas berumur 18 tahun boleh memilih agama yang mereka ingin anuti dan tidak semestinya Islam walaupun mak bapak diaorang beragama Islam.[ SENSOR ] boleh kita panggil kebebasan beragama.

Artikel 153 pun kena dihapuskan kerana ternyata ianya hanya menguntungkan orang Melayu sahaja.Tak adil namanya.

Selaras dengan apa yang diperjuangkan oleh DAP selama-lamanya iaitu MALAYSIAN MALAYSIA,identiti melalui kaum dihapuskan demi keadilan sejati.

Apa yang aku bagitau diatas sebenarnya telah pun disuarakan oleh golongan yang memperjuangkan hak asasi mansia yang kebanyakannya mewakili PKR dan DAP semenjak kemenangan PR ke atas 5 negeri pada PRU yang lepas.

So kepada forumer semua..BRAVO & SELAMAT MAJU JAYA KEARAH PEMERINTAHAN YANG ADIL.

HIDUP PR.HIDUP ANWAR!

KAH!KAH!KAH! PADAN MUKA MELAYU

Keadilan vs Saksama

Dalam Islam, saksama bermaksud tidak adil.sebab itulah sebagai contoh dalam pembahagian harta pusaka,Islam menyatakan orang lelaki yang mendapat bahagian yang lebih banyak berbanding wanita,imam adalah dari golongan lelaki sahaja,Kuasa talak terletak pada lelaki sahaja.

Betapa sempurnanya Islam yang memberikan kelebihan kpd lelaki disebabkan faktor2 yang kau wanita ini dijadikan sebagai sandaran bagi kaum lelaki.
Inilah yang dimaksudkan keadilan dalam Islam.

Kalau saksama yang diperjuangkan jadilah ianya 'HAK ASASI" ..satu propaganda yang diperjuangkan pihak kafirun untuk menjatuhkan Islam.

Kenapa adanya hak istimewa orang melayu,Artikel 153.kerana kelebihan diberikan kepada Orang Melayu..Orang Melayu adalah Islam..
Kenapa orang Melayu Islam kena lebih dari kaum lain.kerana selain dari kita adalah 'tuan tanah"..Islam menyatakan yang hanya orang ISLAM sahaja yang boleh jadi ketua negara.

Tapi apa yang Anwar Munafik ini telah berjanji nak jadikan Lim kit siang sebagai TPM jika PR memerintah.Katalah anwar (nauzbillah) kembali kerahmatullah ketika dia jadi PM,sudah tentu LimKit Siang akan naik jadi PM. Apa akan jadi pada Malaysia.

Aku tidak marah Anwar nak main politik ,buat gabungan PR,tapi aku marah sebab demi nak dapatkan kuasa,beliau telah menabur janji yang bermacam-macam kepada puak kafir. Mereka mesti menagih janji bila PR dah berkuasa. Kalaulah itu dinamakan muslihat politik ianya amat merbahaya kepada umat Islam. Anwar dalam temuramahnya dengan pemberita asing mengatakan jika PR memerintah beliau akan meletakkan undang-undang syariah hanya setakat kepada undang-undang kekeluargaan Islam sahaja.

Prinsip idealogi DAP iaitu Malaysian Malaysia amat bertentangan dengan Islam.Semuanya saksama,sesiapa pun boleh perintah Malaysia.

Cuba kita lihat kandungan Piagam Madinah, sistem pemerintahan Islam pertama,perlembagaan bertulis pertama didunia. Setiap keputusan yang dibuat mestilah dirujuk kepada junjungan besar Rasulullah.Walaupun di Madinah merupakan masyarakat majmuk,ketuanya mestilah Islam.Islam yang harus menjadi tonggak.

Tapi dalam PKR bercampur Islam dan bukan Islam.Macamana ahli mesyuarat tertinggi nak buat keputusan tentang kepentingan orang Islam kerana asyik nak kena jaga hati bukan Islam.

Inilah permasalahan yang aku lihat dalam PKR dan PR. Apa Pas boleh buat dalam PR sedangkan Pas adalah parti yang paling sedikit bilangan kerusi parlimen.Macamana Pas boleh mempengaruhi setiap keputusan mesyuarat PR sedangkan mereka bukan dominan .

PKR hanyalah parti oportunis yang gilakan kuasa dan DAP konsisiten perjuangan MAlaysia Malaysianya. Jika Pas betul-betul konsisten dengan perjuangannya Pas haruslah duduk semeja dengan Umno,tarbiyahkan Umno kearah Islam yang sebenar kerana jika PR memerintah pun apa yang aku nampak Daulah Islamiyah di bumi Malaysia akan lebih malap dek kerana ditekan oleh puak2 DAP ini.

Tuesday, May 27, 2008

Ezam Masuk Umno

Seperti yang dihebohkan dalam seminggu lepas, sumber yang kuat mengatakan saudara Ezam akan membuat pengumuman tentang kemasukan beliau kedalam Umno petang ini. Dengan kemasukannya ke dalam parti Umno,kelibat seperti Khir Toyo, Mukhriz Mahathir dan Hishamuddin akan merasakan populariti mereka tergugat.

Harus difikirkan apa yang membuatkan Ezam menjangkau satu keputusan yang dianggap luar biasa dengan keputusannya kembali semula kepada Umno.Apakah kesilapan yang telah dilakukan oleh bekas Bossnya? persoalan ini harus diharus diperhalusi degan sebijaknya. Sebagai bekas orang kanan Anwar ,Ezam lebih mengetahui siapakah bossya yang sebenar.Sikap Anwar yang terlalu menjaga hati kaum lain didalam PR seolah-olah menurut segala kehendak kaum lain sebenarya akan merugikan kaum Melayu.Mungkin juga ada rahsia besar Anwar telah diketahui oleh EZam.Wallahua'lam.

Tuesday, April 22, 2008

Aksesori tambahan untuk BPR

Bebrapa hari lepas Pak Lah telah membuat sau reformasi atau pembaharuan dalam BPR dengan menjadikannya sebagai satu suruhanjaya bebas iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.
Kita mengharapkan agar ianya betul-betul bebas.
Seperti kata Presiden PAS Tuan Gru Hj Hadi Awang, keberkesanan menangani rasuah sesungguhnya tidak terletak semata-mata pada nama atau status tetapi yang lebih penting adalah keikhlasan dan keimanan para petugasnya dan kerajaan yang memerintah serta perlaksanaan yang menepati maksudnya yang sebenar. Jadi Pak Lah seharusnya ikhlas dalm penstrukturan semula BPR ini agar ikan-kan jerung tidak lena tidur lagi selepas ini. Seharusnya juga pemimpin perlulah terlebih dahulu membersihkan dirinya dari rasuah agar penstrukturan semula BPR ini mencapai matlamatnya.
Mengikut kaedahya dengan BPR memberi laporan terus kepada Parlimen ianya akan menambahbaik lagi akauntabiliti BPR.
Walaubagaimanapun adakah ini sekadar aksesori tambahan untuk BPR agar kelihatah lebih menarik kerana BPR tidak bebas sepenuhnya yang mana laporan yang dimajukan di Perlimen harus dibuat juga kepda Perdan Menteri. BPR masih lagi dibawah bidang kuasa Peguam Negara.