Sunday, August 31, 2008

Keadilan vs Saksama

Dalam Islam, saksama bermaksud tidak adil.sebab itulah sebagai contoh dalam pembahagian harta pusaka,Islam menyatakan orang lelaki yang mendapat bahagian yang lebih banyak berbanding wanita,imam adalah dari golongan lelaki sahaja,Kuasa talak terletak pada lelaki sahaja.

Betapa sempurnanya Islam yang memberikan kelebihan kpd lelaki disebabkan faktor2 yang kau wanita ini dijadikan sebagai sandaran bagi kaum lelaki.
Inilah yang dimaksudkan keadilan dalam Islam.

Kalau saksama yang diperjuangkan jadilah ianya 'HAK ASASI" ..satu propaganda yang diperjuangkan pihak kafirun untuk menjatuhkan Islam.

Kenapa adanya hak istimewa orang melayu,Artikel 153.kerana kelebihan diberikan kepada Orang Melayu..Orang Melayu adalah Islam..
Kenapa orang Melayu Islam kena lebih dari kaum lain.kerana selain dari kita adalah 'tuan tanah"..Islam menyatakan yang hanya orang ISLAM sahaja yang boleh jadi ketua negara.

Tapi apa yang Anwar Munafik ini telah berjanji nak jadikan Lim kit siang sebagai TPM jika PR memerintah.Katalah anwar (nauzbillah) kembali kerahmatullah ketika dia jadi PM,sudah tentu LimKit Siang akan naik jadi PM. Apa akan jadi pada Malaysia.

Aku tidak marah Anwar nak main politik ,buat gabungan PR,tapi aku marah sebab demi nak dapatkan kuasa,beliau telah menabur janji yang bermacam-macam kepada puak kafir. Mereka mesti menagih janji bila PR dah berkuasa. Kalaulah itu dinamakan muslihat politik ianya amat merbahaya kepada umat Islam. Anwar dalam temuramahnya dengan pemberita asing mengatakan jika PR memerintah beliau akan meletakkan undang-undang syariah hanya setakat kepada undang-undang kekeluargaan Islam sahaja.

Prinsip idealogi DAP iaitu Malaysian Malaysia amat bertentangan dengan Islam.Semuanya saksama,sesiapa pun boleh perintah Malaysia.

Cuba kita lihat kandungan Piagam Madinah, sistem pemerintahan Islam pertama,perlembagaan bertulis pertama didunia. Setiap keputusan yang dibuat mestilah dirujuk kepada junjungan besar Rasulullah.Walaupun di Madinah merupakan masyarakat majmuk,ketuanya mestilah Islam.Islam yang harus menjadi tonggak.

Tapi dalam PKR bercampur Islam dan bukan Islam.Macamana ahli mesyuarat tertinggi nak buat keputusan tentang kepentingan orang Islam kerana asyik nak kena jaga hati bukan Islam.

Inilah permasalahan yang aku lihat dalam PKR dan PR. Apa Pas boleh buat dalam PR sedangkan Pas adalah parti yang paling sedikit bilangan kerusi parlimen.Macamana Pas boleh mempengaruhi setiap keputusan mesyuarat PR sedangkan mereka bukan dominan .

PKR hanyalah parti oportunis yang gilakan kuasa dan DAP konsisiten perjuangan MAlaysia Malaysianya. Jika Pas betul-betul konsisten dengan perjuangannya Pas haruslah duduk semeja dengan Umno,tarbiyahkan Umno kearah Islam yang sebenar kerana jika PR memerintah pun apa yang aku nampak Daulah Islamiyah di bumi Malaysia akan lebih malap dek kerana ditekan oleh puak2 DAP ini.

No comments: