Tuesday, April 22, 2008

Aksesori tambahan untuk BPR

Bebrapa hari lepas Pak Lah telah membuat sau reformasi atau pembaharuan dalam BPR dengan menjadikannya sebagai satu suruhanjaya bebas iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.
Kita mengharapkan agar ianya betul-betul bebas.
Seperti kata Presiden PAS Tuan Gru Hj Hadi Awang, keberkesanan menangani rasuah sesungguhnya tidak terletak semata-mata pada nama atau status tetapi yang lebih penting adalah keikhlasan dan keimanan para petugasnya dan kerajaan yang memerintah serta perlaksanaan yang menepati maksudnya yang sebenar. Jadi Pak Lah seharusnya ikhlas dalm penstrukturan semula BPR ini agar ikan-kan jerung tidak lena tidur lagi selepas ini. Seharusnya juga pemimpin perlulah terlebih dahulu membersihkan dirinya dari rasuah agar penstrukturan semula BPR ini mencapai matlamatnya.
Mengikut kaedahya dengan BPR memberi laporan terus kepada Parlimen ianya akan menambahbaik lagi akauntabiliti BPR.
Walaubagaimanapun adakah ini sekadar aksesori tambahan untuk BPR agar kelihatah lebih menarik kerana BPR tidak bebas sepenuhnya yang mana laporan yang dimajukan di Perlimen harus dibuat juga kepda Perdan Menteri. BPR masih lagi dibawah bidang kuasa Peguam Negara.